Lalu Rasullullah SAW bersabda, ‘Silahkan bertanya.’
Berkata orang Yahudi, ‘Coba terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah ke atas umatmu.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Shalat
Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu
kepada Tuhannya. Shalat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam a.s.
memakan buah khuldi. Shalat Maghrib itu adalah saat Allah menerima
taubat Nabi Adam a.s. Maka setiap mukmin yang bershalat Maghrib dengan
ikhlas dan kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti
Allah akan mengkabulkan permintaannya. Shalat Isyak itu ialah shalat
yang dikerjakan oleh para Rasul sebelumku. Shalat Subuh adalah sebelum
terbit matahari. Ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya di antara
dua tanduk syaitan dan di situ sujudnya setiap orang kafir.’
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah saw, lalu mereka
berkata, ‘Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakanlah
kepada kami apakah pahala yang akan diperoleh oleh orang yang shalat.’
Rasullullah SAW bersabda, ‘Jagalah
waktu-waktu shalat terutama shalat yang pertengahan. Shalat Zuhur, pada
saat itu nyalanya neraka Jahanam. Orang-orang mukmin yang mengerjakan
shalat pada ketika itu akan diharamkan ke atasnya uap api neraka Jahanam
pada hari Kiamat.’
Sabda Rasullullah saw lagi, ‘Manakala
shalat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam a.s. memakan buah khuldi.
Orang-orang mukmin yang mengerjakan shalat Asar akan diampunkan dosanya
seperti bayi yang baru lahir.’
Selepas itu Rasullullah saw membaca ayat yang bermaksud, ‘Jagalah waktu-waktu shalat terutama sekali
shalat yang pertengahan. Shalat Maghrib itu adalah saat di mana taubat
Nabi Adam a.s. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan shalat
Maghrib kemudian meminta sesuatu daripada Allah, maka Allah akan
perkenankan.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Shalat
Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga
pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang
gelap untuk pergi menunaikan shalat Isyak berjamaah, Allah S.W.T
haramkan dirinya daripada terkena nyala api neraka dan diberikan
kepadanya cahaya untuk menyeberangi Titian Sirath.’
Sabda Rasullullah saw seterusnya,
‘Shalat Subuh pula, seseorang mukmin yang mengerjakan shalat Subuh
selama 40 hari secara berjamaah, diberikan kepadanya oleh Allah S.W.T
dua kebebasan yaitu:
1. Dibebaskan daripada api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq.
Setelah
orang Yahudi mendengar penjelasan daripada Rasullullah saw, maka mereka
berkata, ‘Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad
(saw). Kini katakan pula kepada kami semua, kenapakah Allah S.W.T
mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?’
Sabda Rasullullah saw, ‘Ketika
Nabi Adam memakan buah pohon khuldi yang dilarang, lalu makanan itu
tersangkut dalam perut Nabi Adam a.s. selama 30 hari. Kemudian Allah
S.W.T mewajibkan ke atas keturunan Adam a.s. berlapar selama 30 hari.
Sementara diizin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T kepada makhluk-Nya.’
Kata
orang Yahudi lagi, ‘Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu
katakan itu. Kini terangkan kepada kami mengenai ganjaran pahala yang
diperolehi daripada berpuasa itu.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang
hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah
S.W.T, dia akan diberikan oleh Allah S.W.T 7 perkara:
1. Akan dicairkan daging haram yang tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh daripada makanan yang haram).
2. Rahmat Allah sentiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan daripada merasa lapar dan dahaga.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang amat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T pada hari Kiamat untuk menyeberang Titian Sirath.
7. Allah S.W.T akan memberinya kemudian di syurga.’
Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu di antara semua para nabi.’
Sabda Rasullullah saw, ‘Seorang
nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi
saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat
kepada umat saya di hari kiamat).’
Kata orang Yahudi, ‘Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa annaka Rasulullah (kami percaya bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan engkau utusan Allah).’
Sedikit peringatan untuk kita semua:
“Dan sesungguhnya akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit
ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan
berilah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” (Surah Al-Baqarah: ayat 155)
“Allah
tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia
mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat
siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.” (Surah Al-Baqarah: ayat 286)
***
0 comments
Post a Comment